assalamualaikum..
hari ni mungkin dah masuk 2 bulan kot kak ngah aku nikah.. congrate kak ngah..
terima kasih kerana bagi abg ipar sulung dalam keluarga.. terima kasih kerana beri aku peluang untuk merasai pengalaman keluarga sendiri yang kahwin... siapa yang tak suka kan??
mitak maaf byk ye angah sebab aku balik lewat sikit. sebenarnya memang nak balik awal tapi ketakutan yang aku ada ni untuk x pergi ke kelas sbb aku takut lecturer bagi tugas yang boleh menolak markah aku.. tapi difikirkan kembali, aku pernah beranggan sebenarnya untuk balik ke rumah apabila ada majlis...haha.. time ni semua orang akan tengok siapa yang balik..pastu banyak pulak persoalan yang akan timbul..
"eh, balik dah ke?"
"yang ni anak yang ke berapa?"
"study kat mana?"
haha...soalan2 yg kalahkan wartawan sebebnarnya.. tapi saat inilah biasanya aku dapat rasakan kerinduan buatku.. saat aku bersalam, memeluk ma dan abah.. rindunya kalian.. sepanjang hidup 20 tahun, x pernah berenggang jauh seperti sekarang. well, human is change kan??
Angah, thanks a lot sbb jadi kakak yang terbaik buatku... terima kasih Allah kerana mengurniakan kakak seperti ini.. walaupun ada satu ketika, kami sering berkelahi... Engkau ada untuk rapatkan hubungan kami kembali. Angah, jadi lah isteri solehah buat suamimu kerana itu sahaja jalan yang mudah untuk ke syurga Allah..
Angah, cerianya aku lihat muka ma dan abah saat kau berkahwin.. dan aku sempat melihat wajah sayu abah apabila abg ipar sudah sah menjadi suamimu.. mungkin abah dah tahu tanggungjawabnya boleh dilepaskan sekarang kepada suamimu.. ketahuilah angah, bahawa ma dan abah selalu di hati mu...
salam sayang adikmu,
Acik
foto-foto kenangan semasa pernikahan Angah dan Abang Ngah..
saat Abah check surat nikah
ma menerima buah tangan dari pihak pengantin lelaki
waktu angah sain surat akad nikah
perbualan antara abg ngah dan tok kadi
sesi serius ni
ok dah sah akad nikah ni..congrate!
ni semasa akad nikah disebut
tok kadi diserahkan tanggungjawab oleh abah sebagai wakil
ok, tamat...nnti sambung lagi