Pada suata ketika, kau berkenalan dengan si dia. Entah datangnya daripada mana, tanpa diduga dengan dalam sekelip mata kau jadi senang dengannya. Kau mulai menerima wujudnya kerana dia mampu buat segalanya seperti nyata.
Mula menghabiskan banyak masa bersama. Dari bermula ucapan dipagi hari-hari sehingga ucapan sebelum masuk dibuai mimpi lena. Hari kau bertukar. Saling berkongsi dan bertukar cerita seperti ada sahaja sampai tidak rasa waktu berlalu.
Semakin lama dia seakan semakin cuba memberi tanda. Mesra itu mulai dirasa sesuatu dengan kau pula sering memberi waktu. Mungkin dia telah mula jatuh cinta hanya belum mampu meluahkannya. Sehingga suatu masa dia meluahkan rasa.
Dan kau? Kau agak kaku seakan bisu terpaku. Seperti keliru dengan apa yang telah berlaku. Jujur kau tidak mampu tangani dan menerima semua itu. Dengan kata yang belum bersedia tetapi kau sudah mulai suka. Tidak memberi tetap juga tidak menolak, diberikan sebuah pengharapan.
Hari demi hari, masa itu tidak juga kunjung tiba. Dia disana masih setia bersama harap dan juga tidak berhenti berharap seperti kali pertama. Sehingga suatu masa, dia kembali lagi setelah memungkiri janji. Dengan rela dan ceria kau menerima semula.
Siapa si dia? Adakah dua watak yang sama atau berbeza? Berbeza. "Si dia" insan yang hadir dalam hidup kau memberi ceria dan bahagia yang rupanya sekadar tempat kau jadikan berteduh lantas memberi harapan lalu kau hancurkan hati.
Dia? "Dia" insan bersama dulu yang kau puja sehingga kini tetapi pergi memungkiri janji dan kini kembali meraih lagi. Dan kau? Kau adalah watak seorang insan yang sedang kecewa ditinggalkan cinta tetapi masih berharap cinta itu kembali lagi.
Siapa yang kejam?